"kisah cerita hidup aku.. ayoohh. kite selonggar"

Sunday, June 16, 2019

Krisis wanita 30 tahun

hai semua,
Selamat tengah tahun 2019..
setahun je lagi kita akan jumpa kereta terbang. (Klu ikut wawasan 2020lah)
Sebelum apa-apa.
Mari kita fokus pada tajuk post ini.(serius bunyinya kan?)

Aku melangkah ke 30 series tahun ni.
Jadi sebagai wanita, perempuan, gadis atau (apa sahaja
Bahasa yang korang semua gunakan untuk perempuan)
Yang masih bujang dan bujang.
Aku dah perlu mengatur hidup aku dengan cara yang lebih teratur

Apa yang aku buat????
Mari aku kongsikan sikit..
Dulu-dulu aku ada impian banyak benda yang aku
Kena ada sebelum umur 30.
Antaranya
1. Rumah


Tak perlu besar. Cukup untuk aku duduk sorang.

2. Kereta

(Gambar ihsan google)
Tak perlu semewah kereta diatas. Selesa untuk aku balik kampung
Dan bawak mak abah aku kemana-mana. Cukup

3. Pasangan

(Gambar kahwin cik niza aku rembat)

4.simpanan untuk hari tua



(Kot2 sakit tak adalah menyusahkan orang tua..)

5. Travel sebanyak mungkin tempat









Dari aku mula kerja. Inilah 5 impian aku
Tahap aku obses nak ada rumah tu
Sampai aku sangguplah travel dari SS17 ke subang airport
Naik moto (merempit je) pergi kerja.
Tapi siapalah kita untuk menidakkan perancangan Allah

Antara 5 impian aku diatas tu. Yang paling cepat tercapai ialah
1. YANG KE 5.. haruslah kan. Itu je memerlukan bajet yang ciput
2. Kereta( aku hampir2 bergaduh pasal kereta ni sebab aku tengah kumpul duit nak beli rumah tapi dipaksa beli kereta) hahahahaha
3. Rumah( berita paling gembira untuk aku. Sebab aku dapat tahu aku dapat tawaran beli rumah
Sebelum aku berusia 30tahun. Beberapa hari dari hari lahir aku. Hadiah paling indah untuk tahun ni.
4. Simpanan untuk hari tua tu dalam prosess sepanjang zaman. Sebab dia menyimpan dan dia terpakai dan menyimpan lagi.. jadi tak ada pengakhiran...

Impian aku yang ke 3 masih belum tercapai. Jadi aku masih menghiburkan hati aku tanpa kongkongan sang suami.. hahahaha.

Sebabkan tinggal 1 je lagi impian aku. Maka aku tukar cara aku mengurus hidup aku.
Pasangan tak boleh dicari dan dirancang macam kita nak beli rumah dan kereta

Jadi sekarang aku serahkan semua pada tuhan.
Apa yang aku buat
Just enjoy myself and go with the flow

Cuba 1 pesanan aku pada yang suka bertanya soalan keramat tu.
Walaupun nampak macam saya ni selalu memandang negatif pada perkahwinan
Jangan risau saya masih mahu berkahwin kerana itu fitrah seorang manusia
Dan saya mahu melengkapkan iman saya..







No comments:

Post a Comment